Perutusan Pengarah

Perutusan
  • Pengarah IPTG

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulilah, Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) telah melangkah ke tahun yang ketujuh sebagai sebuah institusi yang  diwujudkan bagi menterjemahkan  pemikiran  Al-Marhum mantan Menteri Besar  Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat bagi  membantu jentera Kerajaan Negeri yang  berasaskan  dasar Membangun Bersama Islam.  Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua ahli lembaga khususnya kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Bentara Kanan merangkap Pengerusi yang sentiasa memandu jentera pentadbiran IPTG menuju arah dan landasan bagi menjayakan misi, visi dan objektif yang telah digariskan.               

Saya juga merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak kerajaan atas kepercayaan yang diberikan sebagai Pengarah IPTG dan juga seluruh pegawai kerajaan dan semua warga IPTG diatas kerjasama yang diberikan.  Penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang telah membantu perjalanan pentadbiran IPTG, sama ada dalam bentuk sumbangan material atau pandangan dan idea. Diharap dengan wujudnya lamab web ini dapat memberi manfaat kepada semua orang khususnya seluruh rakyat Kelantan.

 

YBhg. Dato’ Dr Johari Bin Mat
Pengarah,
Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG)