Perutusan Pengarah IPTG

Perutusan Pengarah IPTG

Alhamdulilah, Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) telah melangkah ke tahun yang kesepuluh sebagai sebuah institusi yang  diwujudkan bagi menterjemahkan  pemikiran  Al-Marhum mantan Menteri Besar  Kelantan,  membantu jentera Kerajaan Negeri yang  berasaskan  dasar Membangun Bersama Islam.  Saya ingin merakamkan penghargaan kepada para ahli lembaga khususnya kepada Yang Amat Berhormat Ustaz Dato’ Pengerusi yang sentiasa memandu jentera pentadbiran IPTG menuju arah dan landasan bagi menjayakan misi, visi dan objektif yang telah digariskan.

Sepanjang tahun 2022,  IPTG telah merancang beberapa program dan sebahagian besarnya telah berjaya dilaksanakan. Bagi memantapkan lagi perjalanan program bagi tahun 2023, IPTG telah menggariskan satu jadual perancangan aktiviti untuk setahun yang telah dipersetujui oleh Ahli Lembaga untuk dilaksanakan nanti.

Penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada semua pihak yang telah membantu perjalanan pentadbiran IPTG, sama ada dalam bentuk sumbangan material atau pandangan dan idea.

YBhg. Dato’ Johari Bin Mat 
Pengarah,
Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG)