Perutusan Pengerusi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْه
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata “Tuhan kami ialah Allah”, kemudia mereka tetap teguh di atas jalan yang benar (istiqamah), akan turun malaikat kepada mereka (yang akan berkata) “janganlah kamu bimbang dan janganah kamu berdukacita, serta bergembiralah, bahawa kamu akan beroleh surga yang telah dijanjikan kepada kamu” (Surah Fussilat, ayat 30)
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat Allah, kita dapat sama-sama berjuang menegakkan agama Allah di atas bumi ini, khususnya di sebuah negeri yang diamanahkan kepada kita, Kelantan Darul Naim. Komitmen kita untuk terus bergerak mentadbir Kerajaan Negeri dengan dasar “Membangun Bersama Islam” mengikut prinsip `Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan akan terus dipegang teguh secara istiqamah, bersama-sama dengan melanjutkan legasi Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah pergi meninggalkan kita. Aspirasi perjuangan Islam yang terbina sejak tahun 1990 akan terus diperkukuhkan sehingga mencapai matlamat mardhatillah.
Insititut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) merupakan sebuah institut yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2013 yang berfungsi sebagai pusat kajian dan pengembangan serta latihan dan keilmuan bagi membantu pentadbiran negeri berasaskan legasi yang dibina oleh Al-Marhum Tok Guru. Kini setelah melangkau ke tahun kesepuluh, IPTG telah berjaya mengukuhkan organisasinya dalam mencapai matlamat tersebut, di mana bermula tahun 2015 ia telah memberi fokus untuk mengembangkan legasi pemikiran Tok Guru kepada jentera Kerajaan dan masyarakat.
IPTG meletakkan sasaran untuk membangunkan peranannya dalam pengembangan pemikiran dan ketamadunan Islam, selain memberi fokus kepada latihan-latihan dalam membiakkan kesedaran Islam kepada jentera Kerajaan dan juga masyarakat, di samping menumpu kepada program-program bersifat kajian dan membantu mengangkat pemikiran Tok Guru ke dalam pembentukan dasar Kerajaan. Apa yang penting ialah sasaran IPTG untuk meneruskan legasi kepemimpinan ulamak sebagai teras pentadbiran Islam di Kelantan.
YAB Ustaz Dato’ Panglima Perang Dato’ Haji Nassuruddin Bin Haji Daud
(Menteri Besar Kelantan)