Pengenalan Kepada IPTG

  • INSTITUT PEMIKIRAN TOK GURU

LOGOIPTGIdea penubuhan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia dengan singkatan nama  IPTG  telah dicetuskan  oleh  Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob selepas beliau diamanahkan untuk meneruskan kepemimpinan  YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai Ketua Kerajaan Negeri.  Beliau ingin agar pemikiran dan legasi yang berharga milik mantan Menteri Besar itu  terus  disuntikkan ke dalam jentera kerajaan negeri yang berasaskan dasar Membangun Bersama Islam serta berprinsipkan `Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.

 IPTG dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar,  manakala Tuan Guru Dato’ Bentara Setia  dilantik sebagai penasihat atau Murabbi Ummah. Konsep Murabbi Ummah merujuk kepada pendidik yang bukan sekadar  penyampai ilmu atau mu’allim, malah dalam masa yang sama memastikan masyarakat menghayati dan mengamalkan ilmu yang  dipelajari. Matlamat IPTG ialah agar fikrah Tok Guru dapat dimanfaatkan dalam jentera Kerajaan Negeri sekali gus untuk kepentingan ummah. Bagi mencapai matlamat tersebut, program dan aktiviti IPTG yang dirancang, bergerak melalui dua bidang. Bidang pertama ialah kajian dan pengembangan, manakala bidang kedua ialah latihan dan keilmuan.

IPTG diterajui oleh Ahli Lembaga yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Keahlian Ahli Lembaga adalah terdiri daripada dua orang Ahli Exco Kerajaan Negeri yang terlibat dengan  potfolio  pembangunan  Islam dan potfolio pendidikan.  Ahli-ahli yang lain masing-masingnya mewakili ilmuan Islam atau ulamak, ahli akademik, ahli perniagaan dan NGO.  Setiap perancangan dan program IPTG dibentangkan di dalam mensyuarat Ahli Lembaga untuk mendapatkan  pandangan dan keputusan sebelum dilaksanakan.


  • VISI

Menjadi sebuah institusi terulung dalam mengabadikan legasi Kepimpinan Ulamak bagi mengukuh dan mengembang dasar Membangun Bersama Islam.

  • MISI

Merealisasikan pengembangan, penyelidikan, latihan dan pembinaan modul bagi pentadbiran dan pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan serta pelaksanaan agenda Merakyat Membangun Bersama Islam.


YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob

Perutusan
  • Pengerusi IPTG

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْه

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata “Tuhan kami ialah Allah”, kemudia mereka tetap teguh di atas jalan yang benar (istiqamah), akan turun malaikat kepada mereka (yang akan berkata) “janganlah kamu bimbang dan janganah kamu berdukacita, serta bergembiralah, bahawa kamu akan beroleh surga yang telah dijanjikan kepada kamu”  (Surah Fussilat, ayat 30)

Alhamdulillah, dengan limpah rahmat Allah, kita dapat sama-sama berjuang menegakkan agama Allah di atas bumi ini, khususnya  di sebuah negeri yang diamanahkan kepada kita, Kelantan Darul Naim. Komitmen kita untuk terus bergerak mentadbir Kerajaan Negeri dengan dasar  “Membangun Bersama Islam” mengikut prinsip `Ubudiyyah, Mas’uliyyah  dan  Itqan  akan terus dipegang teguh secara istiqamah, bersama-sama dengan melanjutkan legasi Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah empat tahun pergi meninggalkan kita. Aspirasi perjuangan Islam yang terbina sejak tahun 1990 akan terus diperkukuhkan sehingga mencapai matlamat mardhatillah.


Perutusan
  • Pengarah IPTG

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulilah, Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) telah melangkah ke tahun yang kelima sebagai sebuah institusi yang  diwujudkan bagi menterjemahkan  pemikiran  Al-Marhum mantan Menteri Besar  Kelantan,  membantu jentera Kerajaan Negeri yang  berasaskan  dasar Membangun Bersama Islam.  Saya ingin merakamkan penghargaan kepada para ahli jemaah fellow khususnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Pengerusi yang sentiasa memandu jentera pentadbiran IPTG menuju arah dan landasan bagi menjayakan misi, visi dan objektif yang telah digariskan.     


  • Organisasi IPTG


  • Sejarah IPTG

icon2013
icon2014
allahyarhamtokguru