Soal Jawab Isu-isu Mencabar dalam Islam

Soal Jawab Isu-isu Mencabar dalam Islam


Project Description

Sinopsis:

Buku isu-isu mencabar ini digerakkan atas kesedaran untuk merakam polemik terkini mengenai pelbagai isu sensasi yang terlalu bersifat topikal. Walaupun ia sebuah rakaman sikap ke atas persoalan dan kejadian, namun ia tidak pula sekadar ingin menjadi mesin pasif yang tidak memuatkan apa-apa sentimen dari dinamik persoalan yang dirakamkan. Bersama dengan rakaman-rakaman itu, ada terungkap terjemahan sikap, perbedaan sudut pandangan, bacaan hukum, perkongsian hasrat serta pelbagai ragam pendirian dan tafsiran-tafsiran makna yang kaya tersurat dan tersirat daripada hujah dan alasan.