Institut Pemikiran Tok Guru

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْه

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata “Tuhan kami ialah Allah”, kemudia mereka tetap teguh di atas jalan yang benar (istiqamah), akan turun malaikat kepada mereka (yang akan berkata) “janganlah kamu bimbang dan janganah kamu berdukacita, serta bergembiralah, bahawa kamu akan beroleh surga yang telah dijanjikan kepada kamu”  – (Surah Fussilat, ayat 30)

Idea penubuhan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia dengan singkatan nama  IPTG  telah dicetuskan  oleh  Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob selepas beliau diamanahkan untuk meneruskan kepemimpinan  YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai Ketua Kerajaan Negeri. Beliau ingin agar pemikiran dan legasi yang berharga milik mantan Menteri Besar itu  terus  disuntikkan ke dalam jentera kerajaan negeri yang berasaskan dasar Membangun Bersama Islam serta berprinsipkan `Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.

Perpaduan Ummah