Kenali
  • Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Hj Nik Mat

Anak kedua dari perkahwinan Tok Guru Haji Nik Mat Alim (Tuan Guru Haji Nik Mat) dengan isteri pertama ini dilahirkan pada tahun 1931 dan diberi nama Nik Abdul Aziz. Anak kelahiran Kampung Pulau Melaka ini membesar dalam suasana keluarga dan rumahtangga yang sederhana dan mengecapi zaman kanak-kanak seperti kanak-kanak lain.
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi. Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya.

Nik Aziz telah meninggal dunia di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu pada 12 Februari 2015 pada pukul 9:40 malam akibat penyakit kanser prostat tahap empat. Nik Aziz dikebumikan di sebelah kubur bapanya, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka, selepas disembahyangkan di Masjid Tok Guru Pulau Melaka.


Jasa
  • Tuan Guru

Ketika TGNA memimpin Kerajaan Kelantan, beliau mempelopori cuti dua hari seminggu. Ramai yang kritik, kata mereka ia tidak produktif. Ternyata ia meleset sama sekali apabila pekerjaan lebih produktif kerana mempunyai masa cukup bersama keluarga. Perlahan-perlahan ia diterima hingga Kerajaan Pusat pun turut ikut.

Kelantan mempelopori cuti 60 hari bersalin, kemudian dinaikkan ke 90 hari. Dikritik juga kerana dikatakan tidak produktif. Ternyata ia meleset sekali lagi. Diam-diam Kerajaan Pusat ikut.

Kerajaan Kelantan menyokong perbankan Islam dgn memindahkan seluruh perbendaharaan negeri ke Bank Islam sebaik sahaja mengambil alih Kelantan. Juga dikritik kerana katanya mustahil perbankan Islam boleh membawa keuntungan. Ternyata meleset lagi apabila hari ini perbankan Islam memenuhi kehendak pasaran. Ternyata tindakan Kerajaan Kelantan menyokong perkembangan industri kewangan Islam.

Kerajaan Kelantan mempelopori takaful kafalah utk warga emas. Senyap-senyap diikuti oleh beberapa negeri.

Kerajaan Kelantan mempelopori pajak gadai Islam Ar-Rahnu. Kini, pajak gadai ini tumbuh bagai cendawan diikuti oleh beberapa institusi kewangan.

Kerajaan Kelantan mempelopori penggunaan dinar emas, yang dikritik hebat oleh Gabenor Bank Negara. Kini, makin ramai institusi mengeluarkan dinar emas termasuk institusi perbankan.