- INSTITUT PEMIKIRAN TOK GURU
- INSTITUT PEMIKIRAN TOK GURU
Idea penubuhan Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia dengan singkatan nama IPTG telah dicetuskan oleh Menteri Besar, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Haji Ahmad bin Yakob selepas beliau diamanahkan untuk meneruskan kepemimpinan YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat sebagai Ketua Kerajaan Negeri. Beliau ingin agar pemikiran dan legasi yang berharga milik mantan Menteri Besar itu terus disuntikkan ke dalam jentera kerajaan negeri yang berasaskan dasar Membangun Bersama Islam serta berprinsipkan `Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan.
IPTG dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar, manakala Tuan Guru Dato’ Bentara Setia dilantik sebagai penasihat atau Murabbi Ummah. Konsep Murabbi Ummah merujuk kepada pendidik yang bukan sekadar penyampai ilmu atau mu’allim, malah dalam masa yang sama memastikan masyarakat menghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Matlamat IPTG ialah agar fikrah Tok Guru dapat dimanfaatkan dalam jentera Kerajaan Negeri sekali gus untuk kepentingan ummah. Bagi mencapai matlamat tersebut, program dan aktiviti IPTG yang dirancang, bergerak melalui dua bidang. Bidang pertama ialah kajian dan pengembangan, manakala bidang kedua ialah latihan dan keilmuan.
IPTG diterajui oleh Ahli Lembaga yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan. Keahlian Ahli Lembaga adalah terdiri daripada dua orang Ahli Exco Kerajaan Negeri yang terlibat dengan potfolio pembangunan Islam dan potfolio pendidikan. Ahli-ahli yang lain masing-masingnya mewakili ilmuan Islam atau ulamak, ahli akademik, ahli perniagaan dan NGO. Setiap perancangan dan program IPTG dibentangkan di dalam mensyuarat Ahli Lembaga untuk mendapatkan pandangan dan keputusan sebelum dilaksanakan.
- VISI
- VISI
Menjadi sebuah institusi terulung dalam mengabadikan legasi Kepimpinan Ulamak bagi mengukuh dan mengembang dasar Membangun Bersama Islam.
- MISI
- MISI
Merealisasikan pengembangan, penyelidikan, latihan dan pembinaan modul bagi pentadbiran dan pembangunan Kerajaan Negeri Kelantan serta pelaksanaan agenda Merakyat Membangun Bersama Islam.

OBJEKTIF
- Pengembangan Dasar Membangun Bersama Islam (MBI) melalui pendokumentasian, penerbitan, penyiaran dan wacana kepada semua lapisan masyarakat.
- Melestarikan penyelidikan dengan memberi fokus kepada pencapaian strategi Merakyat Membangun Bersama Islam (MMBI).
- Melaksanakan latihan MBI dan MMBI memfokus kepada pembuat dasar, pelaksana dasar dan massa
- Pembinaan modul dan garis panduan berasaskan Indeks Sosio-taqwa

Perutusan - Pengerusi IPTG
- Pengerusi IPTG
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْه
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata “Tuhan kami ialah Allah”, kemudia mereka tetap teguh di atas jalan yang benar (istiqamah), akan turun malaikat kepada mereka (yang akan berkata) “janganlah kamu bimbang dan janganah kamu berdukacita, serta bergembiralah, bahawa kamu akan beroleh surga yang telah dijanjikan kepada kamu” (Surah Fussilat, ayat 30)
Alhamdulillah, dengan limpah rahmat Allah, kita dapat sama-sama berjuang menegakkan agama Allah di atas bumi ini, khususnya di sebuah negeri yang diamanahkan kepada kita, Kelantan Darul Naim. Komitmen kita untuk terus bergerak mentadbir Kerajaan Negeri dengan dasar “Membangun Bersama Islam” mengikut prinsip `Ubudiyyah, Mas’uliyyah dan Itqan akan terus dipegang teguh secara istiqamah, bersama-sama dengan melanjutkan legasi Al-Marhum Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah empat tahun pergi meninggalkan kita. Aspirasi perjuangan Islam yang terbina sejak tahun 1990 akan terus diperkukuhkan sehingga mencapai matlamat mardhatillah.

Perutusan - Pengarah IPTG
- Pengarah IPTG
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulilah, Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) telah melangkah ke tahun yang kelima sebagai sebuah institusi yang diwujudkan bagi menterjemahkan pemikiran Al-Marhum mantan Menteri Besar Kelantan, membantu jentera Kerajaan Negeri yang berasaskan dasar Membangun Bersama Islam. Saya ingin merakamkan penghargaan kepada para ahli jemaah fellow khususnya kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Pengerusi yang sentiasa memandu jentera pentadbiran IPTG menuju arah dan landasan bagi menjayakan misi, visi dan objektif yang telah digariskan.
- Organisasi IPTG
- Organisasi IPTG
YB Dato’ Dr Haji Mohamed Fadzli Bin Dato’ Hassan
Timbalan Pengerusi
YBhg Dato’ Dr. Johari Bin Mat
Setiausaha Ahli Lembaga, Pengarah IPTG
- Sejarah IPTG
- Sejarah IPTG

2013
Perasmian IPTG pada Ogos 2013. IPTG dipengerusikan sendiri oleh Menteri Besar,manakala Tuan Guru Dato’ Bentara Setia dilantik sebagai penasihat atau Murabbi Ummah. Konsep Murabbi Ummah merujuk kepada pendidik yang bukan sekadarpenyampai ilmu atau mu’allim, malah dalam masa yang sama memastikan masyarakatmenghayati dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Matlamat IPTG ialah agar fikrahTok Guru dapat dimanfaatkan dalam jentera Kerajaan Negeri sekali gus untuk kepentingan ummah. Bagi mencapai matlamat tersebut, program dan aktiviti IPTG yang dirancang, bergerak melalui dua bidang. Bidang pertama ialah kajian dan pengembangan, manakala bidang kedua ialah latihan dan keilmuan.

2014
Pada tanggal 23 Jamadil Akhir 1435H bersamaan 23 April 2014 .Pelancaran buku Tok Guru yang berjudul “ Tok Guru Sebuah Biografi” telah dilancarkan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob , Menteri Besar Kelantan bertempat di Dewan Bunga Teratai Kota Darulnaim .Majlis turut diserikan dengan kehadiran Murabbi Ummah IPTG, YB Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

2015
Perginya seorang Murabbi Ummah. Murabbi Ummah yang telah bersara daripada jawatan Menteri Besar Kelantan selepas PRU-13 pada 5 Mei 2013 setelah memegang amanah selama 23 tahun. Beliau telah dilantik sebagai Murabbi Ummah oleh Kerajaan Kelantan dan menjadi ikon di IPTG. Namun begitu, sejak 1 Januari 2015 beliau telah ditahan di HUSM kerana menghidap penyakit kanser prostat. Setelah 42 hari ditahan, pada jam 8.40 malam, 12 Februari 2015, beliau dibenarkan oleh Pihak HUSM untuk dibawa pulang ekoran keadaan kesihatannya yang sangat kritikal, sebelum beliau dijemput khaliqnya pada jam 9.40 malam Jumaat, 12 Februari 2015 dirumahnya di Pulau Melaka. Beliau yang meninggalkan seorang isteri, Datin Bentara Setia Hajah Tuan Sabariah Tuan Ishak dan 10 orang anak telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada 13 Februari 2015 bersebelahan pusara ayahandanya. Beliau pergi meninggalkan perjuangan politik-dakwah yang telah diterokainya sejak muda. Beliau juga pernah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan (1968-1995), Pesuruhjaya PAS Kelantan (1981-2013) dan Mursyidul Am PAS (1994-2015) adalah merupakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa (1974-1986), Adun Semut Api (1986-2004) dan Adun Cempaka (2004-2015). Setelah tamat menjadi Menteri Besar Kelantan sejak 1990 hingga 2013. Setelah bersara sebagai Menteri Besar Kelantan pada 2013. Beliau terus memberi sumbangan pemikiran kepada Kerajaan Kelantan bagi meneruskan agenda Membangun Bersama Islam sebagai Murabbi Ummah di IPTG.